Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penghuni Pusat Orang Buta terima impak positif penanaman kelapa pandan

Kelihatan sekumpulan sukarelawan mencangkul tanah untuk menanam bibit pokok kelapa pandan yang telah dimulakan seawal jam 7 pagi tadi.
Kelihatan sekumpulan sukarelawan mencangkul tanah untuk menanam bibit pokok kelapa pandan yang telah dimulakan seawal jam 7 pagi tadi.

TUARANWarga penghuni Pusat Orang Buta, Tuaran bakal menerima impak positif dengan hasil penanaman 100 bibit pokok kelapa pandan oleh sekumpulan sukarelawan muda.

Melalui Program Sukarelawan iM4U anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah, seramai 55 sukarelawan daripada golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti penanaman tersebut di Bengkel Perlindungan Wallace, Pusat Orang Buta, di sini, awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada pelatih-pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran serta anak-anak keluarga Pusat Orang Buta juga membantu membersihkan kawasan persekitaran dan menyiapkan kraftangan dengan menyapu syelek pada bakul-bakul rotan yang dibuat oleh penghuni pusat tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata penanaman 100 bibit pokok kelapa pandan itu dapat membantu penghuni pusat tersebut menjana pendapatan mereka dengan penjualan buah kelapa pandan dalam jangka masa panjang.

“Kita berharap pusat ini akan menjadi pusat persinggahan para pelancong (One Stop Center), bukan sahaja melihat sendiri hasil kraftangan buatan golongan OKU penglihatan malah menikmati keenakan dan kesegaran air buah kelapa pandan,”katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Program Sukarelawan iM4U.

Sukarti yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah berharap pusat ini dapat menawarkan sesuatu yang lebih menarik pada masa akan datang.

“Contohnya, dengan menanam tanaman komersial seperti serai, kunyit dan daun pandan wangi akan dapat membantu menjana pendapatan penghuni-penghuni serta Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta Sabah,”tambah beliau.

Golongan sukarelawan sedang menyapu syelek pada bakul-bakul rotan.
Golongan sukarelawan sedang menyapu syelek pada bakul-bakul rotan.

Katanya lagi, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mampu mengangkat serta memperkenalkan Pusat Orang Buta sebagai satu destinasi yang mesti dilawati.

“Saya juga berharap, lebih banyak agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta badan-badan korporat tampil memberi sumbangan dan sokongan agar warga OKU penglihatan tidak tersisih dari arus pembangunan negeri mahu pun negara,”katanya.

Katanya, sebuah pusat reflexologi telah dirancang untuk dibina yang sudah pasti akan menjadi salah satu tarikan menarik di pusat tersebut.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta Sabah, Datuk Rosalind Chew berkata pusat reflexologi itu akan mula dibina pada September depan yang boleh menempatkan 10 hingga 15 pelanggan dalam sekali perkhidmatan.

“Lokasi pusat reflexologi ini bersebelahan tapak penanaman pokok kelapa pandan yang sesuai dijadikan sebagai landskap semula jadi agar pelanggan yang datang merasa selesa dan segar,”jelas Rosalind.

Menurut beliau, pusat tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan reflexologi tetapi juga dijadikan pusat latihan kemahiran kepada warga OKU penglihatan.

Hadir sama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Puan Sri Hairani Hussaini serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.– SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan