Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penghargaan buat anggota keselamatan

Penyerahan kuih raya kepada pasukan tentera yang menjaga di Pos Kalabakan 20 RAMD Tawau.
Penyerahan kuih raya kepada pasukan tentera yang menjaga di Pos Kalabakan 20 RAMD Tawau.

TAWAU – Sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan daripada pelbagai agensi di negeri ini akan diteruskan untuk tahun ini khusus kepada mereka yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sumbangan sebanyak 30 bungkusan kuih raya itu dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjong Batu yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Hamisa berkata, sumbangan itu merupakan program tahunan bagi memberi penghargaan kepada anggota keselamatan di Tawau khususnya kawasan pedalaman yang terpaksa keluar bertugas ketika perayaan.

“Ia adalah penghargaan terhadap khidmat bakti mereka yang banyak berkorban, sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas dan kewajipan demi menjaga kedaulatan negara dan bangsa,” ujarnya.

Program tersebut melambangkan penghargaan terhadap khidmat bakti pasukan keselamatan yang sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas dan kewajipan menjaga kedaulatan negara tanpa mengira waktu.

“Kita berharap melalui sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada anggota keselamatan ini akan menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk berkhidmat walaupun pada musim perayaan.

Hamisa turut menyampaikan penyerahan kuih raya kepada angkatan tentera yang menjaga di Pos Kalabakan 20 Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) serta menghadiri Majlis Penyampaian Wang Zakat dan Berbuka Puasa bersama masyarakat di Masjid Al Muqarrabah Kampung Kalabakan, di sini hari ini.

Terdahulu Hamisa turt menyampaikan lebih kurang kurang 2,000 bungkusan kuih raya kepada anggota keselamatan di 7 RAMD berserta dengan anggota keselamatan yang ada di Tawau. – SayangSayang

 

Komen


Berita Berkaitan