Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penghantar surat mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan seorang lelaki

8:11pm 17/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan mohon dibicarakan atas kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki dengan menggunakan sebatang paip besi.

Mohd Zulfadli Abd Azid, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pondok pengawal keselamatan di Kelombong, Inanam pada 27 April, kira- kira pada jam 1.30 petang.

Jika disabitkan kesalahan, Zulfadli akan dihukum dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sehingga tempoh tiga tahun dan sebatan.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh 13 Jun depan bagi pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,500 beserta dua orang pejamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Farazwin Haxdy.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan