Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

penggunaan media sosial secara salah lahirkan rakyat menentang kerajaan

4:42pm 15/12/2015 Dewiana Tinggolongon 18 views Kota Kinabalu,Tempatan

Salleh

KOTA KINABALU- Penggunaan media sosial secara salah melahirkan rakyat Malaysia yang hilang sifat ketimuran dan menentang kerajaan secara terang-terangan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, perkara yang lebih teruk lagi ialah apabila maklumat yang disampaikan adalah tidak benar dan telah mencalarkan imej kerajaan.

“Sebagai penjawat awam kita perlu sentiasa mematuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan sosial media.

“Semua penjawat awam perlulah membudayakan keselamatan perlindungan dengan menyimpan rahsia kerajaan demi keselamatan negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Persekutuan di sini hari ini (Selasa).

Menurutnya sejak kebelakangan ini kemajuan teknologi, maklumat berperingkat kerajaan diketahui umum oleh pihak media sebelum rasmi dibuat oleh kerajaan.

Katanya, jabatan berkaitan perlulah mencari jalan bagi mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat rahsia kerajaan.

Jelas beliau, sekiranya penjawat awam memahami aspirasi kerajaan dan bergerak senada  bagi mencapai wawasan menjadi negara maju.

“Penjawat awam hendaklah mempermudahkan urusan dengan pelanggan dan tidak merumitkan sesuatu urusan.

“Kecepatan menyalurkan maklumat secara pantas dan betul menggunakan saluran yang betul adalah amat penting,” katanya.-  sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan