Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENGGUNA PERLU AMALKAN KONSEP MEMILIH, MEMBOIKOT DAN MELAPOR – JAINAB

image

 

KOTA KINABALU, 1 Mac : Pengguna di Sabah harus mengamalkan konsep 3M iaitu memilih, memboikot dan melapor bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata memilih dan memboikot adalah amat penting terutama semasa membeli barang,manakala melapor kepada pihak berkuasa jika harga dipamer peniaga melebihi daripada yang ditetapkan.

“Pengguna yang efektif perlu bertindak dengan cepat untuk melapor kepada pihak berkuasa bersama-sama bukti yang sahih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga peringkat negeri di sini hari ini.

Katanya, lebih 1,000 cawangan pasar raya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terlibat dalam kempen penurunan harga yang membabitkan 82,000 produk.

Antara pasar raya terlibat ialah Milimewa, Servay Supermarket, 99 Speedmart, Pasaraya Pacipic, Tesco dan Giant, manakala barangan ditawarkan harga berpatutan pula ialah susu, sardin, milo, peralatan elektrik dan barang penjagaan diri, katanya.

Jainab berkata bilangan kedai harga patut di Sabah juga akan ditambah pada tahun ini daripada sebanyak 20 buah ketika ini. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan