Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengguna jalanraya sambut baik sistem laluan sehala

Aliran trafik lalulintas di bandaraya Kota Kinabalu bakal berubah wajah. - Gambar Hiasan
Aliran trafik lalulintas di bandaraya Kota Kinabalu bakal berubah wajah. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Para pengguna jalanraya di bandaraya ini yang sering terperangkap dalam kesesakan lalulintas kini boleh menarik nafas lega apabila masalah tersebut dapat diselesaikan selepas KK Times Square Link-Bridge secara rasmi dibuka kepada lalulintas mulai Sabtu lepas.

Pelancaran jambatan yang disempurnakan oleh Mayor Datuk Abidin Madingkir  dalam satu majlis pada Jumaat lepas itu boleh dilalui dari kedua arah menerusi KK Times Square atau bulatan berhampiran bangunan Sedco, Wawasan Plaza.

KK Times Square Link-Bridge dibina oleh Asian Pac Holdings Berhad dengan kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Pejabat Perdana Menteri dengan kos kira-kira RM31 juta.

Sementara itu, bagi melancarkan lagi aliran trafik lalulintas, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan sistem laluan sehala di beberapa kawasan bandaraya ini yang melibatkan dana kerajaan sebanyak RM120 juta.

Projek di bawah Pelan Pengurusan Trafik Daerah Pusat Perniagaan Kota Kinabalu (CBD) berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk menambah baik aliran trafik dan sistem pengangkutan awam di bandaraya ini.

Seorang pemandu, Mohd Amin Jaafar, 32, menyambut baik cadangan DBKK untuk melaksanakan sistem jalan sehala.

“Sistem lalulintas seperti itu amat sesuai dilaksanakan pada masa kini dan mampu mengurangkan kesesakan seterusnya dapat menjimatkan masa terutama pada waktu puncak,” kata kakitangan swasta itu.

Jovita Richard, 28, yang mengeluh kerana sering terperangkap dalam kesesakan lalulintas ketika pergi dan balik dari bekerja, berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya yakin pengguna jalanraya lain juga sependapat dengan saya,” katanya sambil menambah laluan sehala sekaligus menonjolkan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya.

Laluan sehala berkenaan akan melibatkan jalan di Api-Api Centre, Kampung Air dan Sinsuran Complex. Manakala penstrukturan semula sistem lalulintas sehala pula akan melibatkan penyediaan satu lorong khas bagi pengangkutan awam dan laluan pejalan kaki bersambung di bandaraya ini.

Penstrukturan semula itu membabitkan rizab jalan di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, bermula dari bulatan berhampiran Wawasan Plaza hingga ke Wisma Merdeka di Jalan Tun Razak di sini.

– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan