Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengguna diseru gunakan kuasa sebagai pengguna

5:35pm 28/11/2015 Dewiana Tinggolongon 12 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

musa
KOTA KINABALU- Pengguna diseru agar menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna bagi menangani pelbagai isu dan cabaran berkaitan kepenggunaan pada masa ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, sudah tiba masanya pengguna sedar akan kepentingan kuasa pengguna dalam menentukan pasaran yang lebih sihat dan adil.

“Dalam hal ini, saya percaya pengguna yang bermaklumat, berkemahiran dan berdaya upaya akan mampu menangani pelbagai isu dan cabaran kepenggunaan,” katanya ketika berucap sempena merasmikan Majlis Hari pengguna Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini(Sabtu).

Musa berkata, isu kepenggunaan  merupakan satu isu yang bersifat global  di mana sebarang bentuk perubahan teknologi atau idea baharu akan memberi kesan langsung kepadan pengguna di negara ini.

Beliau memberitahu, menyedari keperluan itu maka penglibatan aktif negara di peringkat global perlu dipertingkatkan menerusi badan antarabangsa seperti AESEAN Committee of Consumer Protection (ACCP) atau kerjasama NGO bersama Consumer International (CI).

Dalam pada itu beliau berkata Dasar Pengguna Negara telah menggariskan matlamat ke arah pemerkasaan pengguna yang mampu melaksanakan perlindungan kendiri, proaktif dan rasional serta peniaga yang melakukan kawal selia sendiri sementara kerajaan bertindak sebagai pemudah cara.

Katanya, Hubungan antara ketiga-tiga pihak ini akan mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyediakan suasana pasaran yang kondusif.

Musa menambah, beliau menyeru kepada para peniaga dan industri agar menjalankan aktiviti perdagangan dalam negeri yang sihat. – Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan