Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengguna digalak manfaat aplikasi MYkira GST

Antara wanita UMNO Sepanggar yang hadir dalam Majlis Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar dan Penjelasan Mengenai GST.
Antara wanita UMNO Sepanggar yang hadir dalam Majlis Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar dan Penjelasan Mengenai GST.

KOTA KINABALU- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bertujuan membangunkan ekonomi negara dan bukan untuk membebankan rakyat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, masyarakat perlu faham bahawa bukan semua barang di pasaran dinaikkan harga semasa pelaksanaan GST.

“Saya faham masih ramai yang tidak memahami akan pelaksanaan GST ini dan ia sememangnya mengambil masa bagi masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan GST,” katanya ketika berucap dalam Majlis Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar dan Penjelasan Mengenai GST di Institut Latihan Perindustrian (ILP), hari ini.

Sehubungan itu, Jainab menasihati masyarakat agar bijak dalam membeli-belah dan menggunakan kuasa sebagai pengguna bagi mengelakkan ditipu oleh peniaga yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang tinggi

Beliau turut menggesa orang ramai agar menggunakan aplikasi MYKira GST yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) bagi memudahkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 jenis barangan.

Pengguna juga boleh membuat aduan ke talian 1800-886-800 atau SMS KPDNKK iaitu taip KPDNKK ADUAN <butiran aduan> dan hantar ke 15888.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan