Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penggodam serang laman sesawang Israel

godam

Baitulmaqdis: Penggodam pro-Palestin semalam menyerang laman sesawang Israel berikutan ancaman daripada kumpulan penggodam Anonymous yang berkata mereka akan melakukan ‘Holokos elektronik.’

Bagaimanapun, pakar siber Israel berkata, serangan yang dilancarkan serentak itu hanya memberi kesan sedikit saja.

Kempen menggodam berkenaan yang berlaku setiap 7 April sejak 2013 bertujuan membantah dasar Israel terhadap rakyat Palestin.

Pada 2013, penggodam itu melancarkan serangan pertama yang dinamakan OpIsrael, sehari sebelum hari memperingati Holokos.

Pasukan Kecemasan Komputer Israel, sebuah kumpulan keselamatan siber awam berkata, Anonymous semalam menyerang beberapa puluh laman sesawang milik pemuzik Israel dan pertubuhan kebajikan.

Anonymous sebelum ini berikrar memusnahkan laman sesawang kerajaan, bank dan institusi awam Israel.

Bagaimanapun, tidak ada gangguan teruk dilaporkan.

Penggodam itu menggantikan laman utama laman sesawang berkenaan dengan gambar kawasan suci umat Islam di Baitulmaqdis dan militan memegang bendera Negara Islam serta memuatnaik mesej yang ditandangani oleh ‘AnonGhost.’

“Kami akan sentiasa berada di sini untuk menghukum kamu! Kami ialah suara Palestin dan tidak akan berdiam diri!” bunyi mesej berkenaan. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan