Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penggiat seni disaran untuk menyerahkan hasil karya kepada perpustakaan negeri

11:13pm 06/11/2015 Leolerry Lajius 27 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Penggiat Seni, Penulis-penulis buku dan individu yang mempunyai karya yang telah diterbitkan dialu-alukan menyerahkan hasil karya mereka kepada pihak Perpustakaan Negeri Sabah untuk disimpan  sebagai rujukan di masa akan datang.

Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah Wong Vui Yin berkata, penyerahan itu adalah sesuai dengan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah 1988 (Pindaan) 2007 Sekyen 4B(1), sebagai salah satu usaha untuk memelihara hasil pengkarya tempatan agar hasil karya mereka dapat dirujuk oleh generasi akan datang walaupun mencapai puluhan tahun  sejak ia diserahkan.

“Pihak perpustakaan juga akan menerbitkan sebuah buku bibliografi setiap tahun dengan memuatkan sumber rujukan terkini bagi memudahkan orang ramai merujuk bahan-bahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan hasil karya oleh seorang penyanyi tempatan iaitu Francis Landong yang telah menyerahkan Cakera Padat (CD) dan Kaset yang memuatkan hampir 36 buah lagu nyanyian beliau kepada Perpustakaan Negeri Sabah.

Francis Landong menyerahkan hasil karya beliau kepada pengarah perpustakaan negeri sabah.

Francis Landong menyerahkan hasil karya beliau kepada pengarah perpustakaan negeri sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan