Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penggiat industri pembinaan perlu wujudkan kerjasama dalam usaha transformasikan sektor pembinaan

11:56am 01/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 111 views Kota Kinabalu,Tempatan
IMG_20160901_093918_10

Rosnah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pihak penganjur dan para panel penceramah Seminar BIM dan MyCREST kepada Penggiat Industri Pembinaan, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Para penggiat industri pembinaan di negeri ini dan Malaysia amnya diseru agar mewujudkan kerjasama serta memberi komitmen padu dalam mentransformasikan sektor pembinaan negara menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata seluruh pemain industri mempunyai kepentingan dan peranan masing- masing dalam menggerakkan industri pembinaan negara.
“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membawa perubahan yang bermakna ke arah masa depan pembinaan yang lebih mampan,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena merasmikan Seminar Building Information Modeling (BIM) dan Malaysian Carbon Reduction and Environmental Tool (MyCREST) kepada penggiat industri Peringkat negeri Sabah kali ke-4, disini, hari ini.
Seminar anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu telah disertai lebih 300 peserta yang terdiri daripada pakar-pakar indusrti, pihak kementerian, agensi-agensi kerajaan, Korporat dan Swasta.
Menurut Rosnah, seminar berkenaan merupakan sebuah platform kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai teknologi terkini dan canggih dalam pembinaan bangunan secara mampan.
Katanya, CIDB dilihat signifikan dengan memberi penekanan kepada aspek penggunaan teknologi BIM supaya kitaran-hayat projek pembinaan menjadi lebih efektif dan cekap.
Jelasnya, teknologi itu dapat mengurangkan tempoh reka bentuk sesuatu bangunan dan seterusnya menjimatkan masa serta kos pembinaan.
Disamping itu, katanya, para peserta turut berpeluang menimba pengetahuan mengenai MyCREST dan beberapa kriteria yang digunakan untuk menilai kemampanan dan daya tahan bangunan.
“Ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2020… Bagi mencapai sasaran berkenaan, semua projek pembangunan dan prasarana untama perlu melepasi tahap minimum kemampanan alam sekitar,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan