Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penggiat Industri Minyak Sawit Sabah Digesa Bina Loji Biogas

9:01pm 28/04/2016 Pak Roshan 66 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Kalangan penggiat industri minyak sawit di Sabah diminta menyahut gesaan kerajaan agar semua kilang mereka dilengkapi kemudahan loji biogas menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan berkata ia sejajar inisiatif kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Minyak Sawit dan Getah melalui projek permulaan 5 (EPP5).

“Usaha ini memerlukan pembabitan penggiat industri minyak sawit khususnya di Sabah untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan bagi memastikan loji biogas itu selamat untuk semua pihak berkaitan.

“Bagi memastikan loji biogas itu sentiasa menepati piawaian nasional dan antarabangsa, pihak industri juga perlu berusaha memahami Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta undang-undang lain yang berkaitan,” katanya ketika berucap merasmikan Dialog Industri Minyak Sawit di sini, Khamis.

Seramai 183 orang menyertai dialog sehari anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah.

Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri berkata antara isu yang dibincangkan termasuk aspek keselamatan dan kesihatan bagi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan loji biogas yang dibina di kilang bagi tujuan merawat sisa.

Selain itu, beliau turut menggesa penggiat industri minyak sawit menitikberatkan aspek cabaran di tempat kerja seperti masalah tekanan agar ia mendapat perhatian dan penyelesaian sewajarnya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan