Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penggal Pentadbiran Najib Cemerlang Bela Rakyat

Najib (tengah) dan Musa bergambar bersama para pemimpin, guru dan pelajar di SMK Bandau.

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menamatkan penggal pentadbirannya esok, dilihat cemerlang memperjuangkan nasib rakyat merangkumi golongan belia dan warga pendidik tanpa mengira agama mahupun bangsa.

Rata-rata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan diterajui perdana menteri di atas keperihatinan, bantuan serta sumbangan diberikan kerajaan selama ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal berkata, berdasarkan ‘track rekod’, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terus mengutamakan rakyat termasuk golongan belia meskipun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

“Kita amat hargai apa yang dibuat kerajaan selama ini dan saya rasa rakyat boleh menilai kerajaan mana yang patut dipilih semula selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau yakin BN akan terus mampu menjadi harapan dan kerajaan masa depan, khususnya bagi generasi muda dan warga belia, dengan lebih banyak manfaat bakal dinikmati pada masa depan.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan berkata, terlalu banyak jasa dan bakti diberikan kepada warga Felda melalui pelbagai peruntukan serta program, sekaligus memberi peluang kepada para belia meningkatkan keupayaan serta kemahiran demi masa depan yang lebih baik.

Terbaharu kesungguhan beliau (Najib) untuk melihat Felda terus cemerlang jelas tergambar menerusi pelancaran Felda 2.0 pada bulan lepas, iaitu satu inisiatif untuk mentransformasi dan memberi wajah baharu kepada 317 kawasan tanah rancangan Felda di negara ini.

“Lebih 150 pembaharuan telah dibuat dan belia Felda yakin jika diberi mandat sekali lagi lebih banyak manfaat dan kelebihan bakal dinikmati,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak berterima kasih di atas sumbang bakti selama ini dan pastinya memperkenalkan kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan guru secara ‘time based’ memberikan sinar harapan kepada warga pendidik.

“Guru serta warga pendidik senantiasa di hati beliau (Najib)… semoga jasa beliau yang tidak ternilai dan terkira banyaknya itu dapat diteruskan melalui mandat oleh para guru dan setiap lapisan rakyat,” katanya.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao pula berkata, kerajaan pimpinan Najib adalah kerajaan paling prihatin dalam memajukan masyarakat India di negara ini dengan tindakan secara menyeluruh dan inklusif.

Peruntukan RM50 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) pada Bajet 2018 untuk program pembangunan sosioekonomi masyarakat India juga disifatkan amat bermakna kepada kaum India.

Menurutnya dalam membentangkan bajet negara, satu tempoh masa lama diperuntukkan untuk rakyat menyampaikan pandangan dan idea kepada kerajaan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kehadiran beliau (perdana menteri) pada setiap kali sambutan perayaan Deepavali dan Thaipusam di Batu Caves sudah cukup menunjukkan betapa dekatnya kerajaan dengan masyarakat India,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan