Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penggal kepala rakan dah bosan bunuh haiwan

penggal kepala kawan

Tokyo: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mengaku memenggal kepala rakan sekelasnya baru-baru ini, dilaporkan menyimpan kepala kucing di dalam peti sejuk rumahnya.

Remaja berkenaan ditahan minggu lalu kerana disyaki membunuh Aiwa Matsuo, 15, selepas polis menemui mayat mangsa tanpa kepala di atas katil suspek di Sasebo.

Kes itu mendapat perhatian media di Jepun – satu daripada negara paling rendah kadar jenayahnya.

Ia turut mencetuskan polemik dalam kalangan orang ramai yang berusaha mendapat jawapan terhadap sikap remaja terbabit yang semakin ganas.

Suspek dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa “dia mahu memenggal seseorang.”

Beberapa laporan mencadangkan ibu bapa remaja terbabit – yang identitinya dirahsiakan atas faktor umur suspek – cuba memasukkannya ke hospital sakit jiwa namun ditolak.
Selasa lalu, akhbar Mainichi berkata, penyiasat menemui kepala kucing di dalam peti sejuk suspek, serta kira-kira satu juta yen (RM31,200) tunai di apartmen yang dihuninya.
Dia dilaporkan tinggal di situ sendirian sejak April lalu atas nasihat pakar psikiatri selepas membelasah bapanya menggunakan kayu besbol.
Bapanya yang baru berkahwin kira-kira tiga bulan lalu selepas kematian ibu suspek dipercayai memberi wang berkenaan kepada remaja terbabit.
Bapa suspek dilaporkan berkata: “Tindakan anak saya itu tidak boleh dimaafkan.”
Selain itu, agensi berita Mainichi dan Jiji Press melaporkan, suspek mengakui kepada ibu tirinya bahawa dia merancang membunuh seseorang kerana berasa bosan membunuh haiwan.
Sehari sebelum kejadian, bapa dan ibu tirinya itu mendapatkan pandangan pakar psikiatri selain cuba memasukkannya ke hospital sakit jiwa, namun permintaan mereka ditolak disebabkan sudah penuh. – AFP

Komen


Berita Berkaitan