Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penggal ibu sangka buaya

ibu

Edinburgh: Seorang lelaki memenggal ibunya kerana menyangka wanita itu buaya.

James Dunleavy memenggal ibunya Philomena dan meninggalkan mayat mangsa dalam kubur cetek selepas serangan ngeri itu ekoran satu pergaduhan pada 2013.

Dunleevy, 41, semalam dipenjara sembilan tahun selepas didapati bersalah membunuh ibunya.

Mahkamah diberitahu James tidak siuman dan mahu memastikan sama ada ibunya menyamar sebagai manusia.

Dia didapati tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, juri bersependapat dia bersalah membunuh tanpa niat kerana ketidaksiumannya.

Pakar jiwa, Khuram Khan memberitahu mahkamah: “Dunleavy percaya ibunya buaya dan satu-satunya cara untuk memastikannya ialah dengan melihat dalam badannya.”

Dia akan ditahan di penjara di Edinburgh selepas penilaian yang dilakukan pakar jiwa mendapati dia boleh dirawat.

Komen


Berita Berkaitan