Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penggal ibu kerana mahu tamatkan penderitaan

PENDUDUK melihat rumah seorang wanita yang ditemui mati dipenggal kepala oleh anaknya sendiri.
PENDUDUK melihat rumah seorang wanita yang ditemui mati dipenggal kepala oleh anaknya sendiri.

Sing Buri (Thailand): Seorang lelaki ditahan polis kerana memenggal kepala ibunya sendiri dengan alasan wanita itu sakit tenat dan dia mahu menamatkan penderitaan mangsa.

Sant Wichiansan, 49, ditemui penduduk berjalan berseorangan kelmarin berhampiran kaki gunung di Tha Khlong di daerah Lop Buri di wilayah Tha Wung.

Lelaki itu memberitahu dia baru membunuh ibunya di rumah mereka di daerah Bang Rachan sebelum penduduk melaporkan kejadian itu kepada polis.

Jurucakap polis berkata, beberapa anggota polis yang pergi ke rumah lelaki itu menemui mayat seorang wanita tua tanpa kepala di dalam sebuah bilik tidur.

Kepala wanita itu dijumpai tidak jauh dari rumah berkenaan.

Menurut media tempatan, Sant memberitahu polis, dia membunuh ibunya yang berusia 71 tahun kerana tidak sanggup melihat mangsa sakit.

Katanya, pada malam Ahad lalu dia memukul ibunya hingga pengsan sebelum memenggal kepala mangsa dengan menggunakan sabit. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan