Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENGETUA, GURU BESAR SEKOLAH TERJEJAS BANJIR DIMINTA KENALPASTI BANTUAN

yap

TAWAU : Pengetua dan guru besar sekolah yang terjejas akibat banjir diminta mengenalpasti bantuan yang diperlukan sebagai persediaan persekolahan tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap berkata sekolah terbabit perlu diberi perhatian dan bantuan segera seperti keperluan buku teks, kerusi, meja dan lain-lain.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Krismas bersama warga pendidik dan pemimpin tempatan di sini hari ini.

Yap, yang juga anggota Parlimen Tawau berkata, bantuan yang akan disalurkan bukan sahaja melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetapi juga pelbagai agensi yang turut serta membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meminta rakyat di negeri ini supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu melalui media sosial mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri.

“Dalam situasi begini (banjir), memang tidak dinafikan banyak keadaan tidak selesa berlaku.

“Tetapi tidak perlulah memburukkan lagi keadaan dengan berita-berita yang tidak pasti kebenarannya,” katanya.  — BERNAMA

ss

Komen


Berita Berkaitan