Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengetahuan sains sukan penting demi kecemerlangan sukan-Tawfiq

Tawfiq (tengah, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama para penceramah dan peserta-peserta Simposium Kejurulatihan Malaysia Timur peringkat Negeri Sabah, dekat sini, hari ini.

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri mahu agar para jurulatih sukan di negeri ini agar meningkatkan pengetahuan dalam aspek sains sukan bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Menteri Belia Sukan Sabah, Datuk Hj, Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sains sukan khususnya pengetahuan dalam psikologi sangat penting untuk memotivasikan para atlit di negeri ini untuk terus berusaha dan seterusnya menjadi yang terbaik sekaligus mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
“Psikologi sukan dalam masa sama dapat mewujudkan hubungan yang mesra antara jurulatih dan atlit biasa dan menjadikan mereka menjadi seorang atlit yang berjaya dan mengoptimumkan bakat-bakat sedia ada. kita akan mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Simposium Kejurulatihan Malaysia Timur Peringkat Negeri Sabah, dekat sini, hari ini.
Dalam ucapannya, Tawfiq berkata, Sabah diantara negeri yang mempunyai banyak kemudahan infrastruktur sukan seperti kompleks sukan yang terdapat di setiap pelusuk daerah di negeri ini.
Namun, katanya, pencapaian sukan di negeri ini masih berada di tahap yang kurang memuaskan.
“Sabah berada di tangga yang kesembilan atau kesepuluh diantara kesemua tiga belas buah negeri yang ada di Malaysia. Tidak seperti negeri jiran kita iaitu Sarawak yang merupakan antara tiga negeri yang terbaik di Malaysia dalam bidang sukan.
“Kita lihat dengan adanya infrastruktur sukan, ia tidak menjamin Sabah akan menjadi antara negeri yang hebat dalam sukan… kita masih memerlukan banyak faktor yang lain yang mampu menyumbang dalam kecemerlangan sukan iaitu sumbangan para jurulatih,” katanya.
Mengulas mengenai program hari ini, katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran program seperti itu dalam memberi pendedahan khusus kepada jurulatih-jurulatih negeri ini bagi memangkin kualiti kejurulatihan.
“Seperti kita semua maklum, bidang kejurulatihan merupakan salah satu kerjaya, bukannya suatu kerjaya yang separuh masa
Simposium yang berlansung selama tiga hari yang bermula hari ini sehingga 23 Mac disertai oleh kira-kira 120 orang jurulatih dalam pelbagai jenis sukan termasuklah sukan olahraga.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Institusi Sukan Negara Malaysia Timur, Dr. KH Tan. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan