Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengerusi Pemuda BN ziarah Exco Pemuda PBS yang maut

Hafez (tiga dari kiri) bersama kepimpinan Pemuda UMNO Sabah menziarahi keluarga mendiang Peter Chin.
Hafez (tiga dari kiri) bersama kepimpinan Pemuda UMNO Sabah menziarahi keluarga mendiang Peter Chin.

KOTA KINABALU: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah, Haji Yamani Hafez Musa bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian telah menziarahi keluarga Exco-Exco Pemuda PBS yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Keningau-Tenom, baru-baru ini.

Hafez yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah telah menziarah dan menyampaikan sumbangan Pemuda BN Sabah kepada keluarga mendiang Peter Chin di KK Tionhua Funeral Parlour, mendiang Dolsin Merindang di Kampung Sulakolung, Kinabongan Pitas, Allahyarham Mohd.Hasbi Abdullah @ Andrew Wong di Kampung Rancangan Klias Baru, Beaufort.

  Hafez (dua dari kiri) melawat keluarga mendiang Dolsin di Pitas.
Hafez (dua dari kiri) melawat keluarga mendiang Dolsin di Pitas.

Hafez juga menyampaikan salam takziah dan simpati daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kepada keluarga-keluarga yang ditimpa musibah itu.

Turut serta menziarahi keluarga terlibat ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim, Penolong Bendahari Pemuda UMNO Negeri, Faez Ainstein Datuk Nordin, Ketua Penerangan, Mohd.Arsad Bistari, Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah, Fakarudin Tan Sri Ampong, Ketua Pemuda UMNO Kudat,  Norsalin Salim,  Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu, Mohd.Faizal Saidi dan Ketua Pemuda UMNO Beaufort, Shahron @ Omar.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan