Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengemis ‘kudung’ kena tangkap

10:16am 08/08/2016 Pak Roshan 4385 views Global
LELAKI yang sama sedang berehat.

LELAKI yang sama sedang berehat.

Bandung: Seorang pengemis yang berpura-pura kudung kedua-dua belah tangan semata-mata untuk meraih simpati ditangkap pihak berkuasa selepas gambarnya sedang duduk sambil memegang sebatang rokok tersebar di media sosial.

Seorang pengguna Twitter pada Jumaat lalu memuat naik gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan kudung kedua-dua belah tangannya mengemis di kaki lima di bandar ini.

Dia juga memuat naik sekeping lagi gambar yang menunjukkan lelaki yang sama sedang duduk sambil menghisap rokok dan jelas kedua-dua belah tangannya tidak cacat.

Gambar itu viral di media sosial di Indonesia sehingga mendapat perhatian Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil.

Ridwan dalam satu kenyataan di akaun Instagram dan Twitter miliknya memberitahu, pihak berkuasa berjaya mengesan pengemis itu dan menahannya.

Dia juga memuat naik satu rakaman video berdurasi selama 32 saat yang memaparkan beberapa petugas menahan pengemis berkenaan.

Video itu menunjukkan beberapa petugas menahan lelaki berkenaan yang berbaring di atas papan beroda sambil meminta sedekah.

Petugas kemudian mengarahkan pengemis berkenaan duduk sebelum menyingkap bajunya sekali gus membongkar rahsia lelaki itu.

Apabila baju itu disingkap kelihatan lelaki berkenaan sengaja melipat tangannya supaya nampak seperti kudung.

Ridwan berkata, pihak berkuasa memandang serius pelbagai penipuan yang dilakukan pengemis untuk meraih simpati orang ramai. – Agensi

SEORANG lelaki yang berpura-pura cacat ketika mengemis dan gambar atas lelaki itu sedang berehat. prevnext

SEORANG lelaki yang berpura-pura cacat ketika mengemis dan gambar atas lelaki itu sedang berehat. prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan