Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Pengemis kudung kaki’ ditangkap

LELAKI berkenaan dirakam mengesot di kawasan pasar untuk mengemis. - Agensi
LELAKI berkenaan dirakam mengesot di kawasan pasar untuk mengemis. – Agensi

Shenzhen: Penipuan seorang ‘pengemis yang kudung kedua-dua kakinya’ terbongkar selepas beberapa penduduk di sini membongkar muslihatnya.

Lelaki berkenaan dilihat mengesot setiap pagi di sebuah pasar, meminta sedekah daripada penduduk.

Bagaimanapun, kegiatannya menimbulkan syak sebahagian mereka.

Dengan menggunakan telefon pintar, beberapa penduduk mengekori lelaki itu yang mengesot dari pasar hingga ke lorong sunyi dan merakam bagaimana lelaki itu menanggalkan guni buruk yang digunakan untuk membungkus kakinya.

Akhirnya, lelaki itu dirakam berdiri, tanpa sebarang kecacatan pada kakinya.

Marah kerana ditipu, penduduk terbabit membuat laporan polis yang kemudian menahan ‘pengemis’ itu.

Ini bukan kejadian pertama seumpamanya.

Julai lalu, di Yiwu, seorang lelaki ditangkap kerana menipu orang ramai dengan berpura-pura tidak mempunyai tangan untuk meminta sedekah. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan