Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENGEMBALIAN STATUS SABAH DAN SARAWAK SEBAGAI RAKAN SEKUTU PERLU SOKONGAN DUA PERTIGA DEWAN RAKYAT

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan autograf pada buku ‘Doktor Umum; Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad’ selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan beberapa barisan menteri kabinet sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur di Pasific Club, Pan Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yakin perbincangan tentang pelaksanaan untuk menggembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Malaysia akan diadakan secepat mungkin.

Walaupun demikian, pelaksanaan untuk menggembalikan status itu perlu melalui beberapa proses termasuk mendapatkan persetujuan majoriti dalam Parlimen, katanya.

“Pada masa ini, kita (kerajaan Pakatan Harapan) tidak memiliki dua pertiga majoriti.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bergambar bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta barisan kabinet kerajaan persekutuan dan negeri sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur di Pasific Club, Pan Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Jika kita mahu mengubah perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan, kita harus mencapai majoriti tersebut. Oleh itu, kelulusannya mengambil masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersarapan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta menteri Kabinet negeri di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi tadi.Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan beberapa barisan menteri kabinet sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur di Pasific Club, Pan Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Tun Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai perbincangan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan gabungan Persekutuan Malaysia seperti yang diumumkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, semalam.

Kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan sokongan dua-pertiga di Parlimen,” katanya.

Menurut beliau, dalam hal ini, sokongan daripada pihak pembangkang diperlukan dalam Parlimen.

Mengenai berapa cepat perkara ini dapat dilaksanakan, beliau berkata perbincangan boleh dimulakan dengan segera tetapi proses kelulusan akan mengambil masa.

Dalam ucapannya semalam, Tun Mahathir memberi jaminan bahawa status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Persekutuan Malaysia akan dikembalikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau menjelaskan, semasa pembentukan Malaysia yang termeterai secara rasmi pada 16 September 1963, keempat-empat wilayah iaitu Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura adalah rakan sekutu yang akan membentuk sebuah negara iaitu Malaysia.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan mengambil maklum mengenai perkara itu dan pengembalian status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada proses yang akan dilaksana setelah kajian MA63 disiapkan.

Tun Mahathir turut memberitahu bahawa pengembalian status Sabah dan Sarawak sebagaimana di dalam MA63 menjadi asas lebih kukuh untuk mengeratkan hubungan ketiga-tiga wilayah. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan