Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengeluar bihun berdepan denda RM5j

bihun

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar bihun yang menggunakan lambang masjid, berdepan denda sehingga RM5 juta, jika siasatan dan pendakwaan membuktikan ia menyalahgunakan logo halal pada produk yang dikeluarkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata individu yang terbabit pula boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, jika disabitkan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Pindaan 2012)

“Sebenarnya yang menentukan sesuatu barangan halal atau tidak, itu adalah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

“Jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusnya, maka pengeluar akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan