Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengeksportan ikan Sabah dibincangkan dalam satu mesyuarat

8:16pm 19/02/2016 Leolerry Lajius 183 views Tempatan
Datuk Yahya (tengah) bersama ahli mesyuarat yang lain ketika mesyuarat tersebut.

Datuk Yahya (tengah) bersama ahli mesyuarat yang lain ketika mesyuarat tersebut.

KOTA KINABALU: Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan kawalan pengeksportan ikan dan makanan laut Sabah.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Wisma Pertanian Sabah, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Haji Sairin Karno, Setiausaha Tetap MAFI, Datuk Ujang Sulani, Peguam Besar Negeri, Datuk Mariati Robert, Pengerusi Safma, Dato’ Dr. Jaujan Sambakong, Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Mijul Unaini, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri, Haji Othman Abd.Latiff, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu, Datuk Haji Arsit Sedi dan Ketua-Ketua jabatan negeri dan persekutuan yang berkaitan.

Mesyuarat tersebut telah  mencadangkan satu sistem pengurusan dan instrument perundangan agar pelaksanaan kawalan pengeksportan ikan dan makanan laut keluar dari Sabah dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.--Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan