Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENGEDAR SYABU KG LEMBAGA PADI DICEKUP POLIS

Anggota polis menunjukkan beg kecil bercorak bunga dan dadah jenis Syabu yang dibuang oleh suspek. -Gambar SNT/Ehsan Polis

KOTA KINABALU: Seorang pengedar dadah berjaya dicekup dalam satu serbuan terancang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan berjaya dilakukan apabila suspek, 18, yang juga seorang warga asing leka menunggu pelanggannya di kawasan tanah lapang dalam kawasan Kg. Lembaga Padi Inanam kira-kira jam 9.30 malam pada Selasa.

“Hasil daripada maklumat risikan, kita telah berjaya mematahkan satu lagi cubaan untuk mengedar dadah jenis Syabu di kawasan Inanam.

“Kegiatan ini telah terkesan sejak bulan lalu di sekitar kawasan Inanam serta Kota Kinabalu dan hasil pemantauan dan pemerhatian yang dijalankan oleh pasukan polis dalam operasi tersebut telah lihat satu lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Dadah jenis Syabu bernilai kira-kira RM5,000 berjaya dirampas oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu dalam tangkapan itu. Gambar SNT/Ehsan Polis

“Semasa pihak Polis menghampiri lelaki tersebut dengan memperkenalkan diri sebagai polis, suspek tiba-tiba melarikan diri ke kawasan paya bakau, namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan dengan anggota serbuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semasa ditahan suspek telah membuang satu beg kecil bercorak bunga di atas tanah.

Tambahnya, hasil pemeriksaan di dalam beg kecil berkenaan, pihaknya menjumpai lapan paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang kesemuanya berisi hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu (53.6 gram).

“Ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM5,000 dan suspek telah direman selama tujuh hari sehingga Ahad.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan sumber bekalan dadah yang telah dirampas,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan