Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,674

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengedar dadah ditangkap Polis

3:37pm 12/01/2016 Ann Vivien 106 views Jenayah,Tempatan
Douglas Nyeging Taong

Douglas Nyeging Taong

KENINGAU: Seorang daripada dua rakyat tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki dan mengedar dadah jenis esctacy bakal menerima hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, kedua-dua suspek yang berumur 29 dan 35 tahun itu ditahan polis yang menjalankan tugas MPV di sekitar jalan Kuala Punteh, Keningau lebih kurang jam 5.30 petang pada Isnin.

Katanya, setelah membuat pemeriksaan kenderaan jenis Isuzu Dmax warna merah nombor pendaftaran SS9641R yang dinaiki oleh dua lelaki yang berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, polis membuat pemeriksaan terhadap pemandu kenderaan berkenaan dan menjumpai satu bungkusan palastik kecil didalam poket seluar sebelah kanan dan apabila diperiksa didalamnya terdapat tiga biji pil esctacy anggaran berat kasar 1.10 gram.

“Polis seterusnya membuat pemeriksaan lanjut pada kenderaan yang dinaiki oleh kedua-dua suspek dan menjumpai sejumlah lapan peket plastic lutsinar berisi pil disyaki dadah jenis esctacy berjumlah 482 biji dengan anggaran berat kasar 184.00 gram bernilai kira-kira RM7,000.00 yang disorok di tempat simpanan barang berhampiran dengan cermin pandang belakang kenderaan dan juga daun kering disyaki dadah jenis ganja didalam lipatan kertas yang dijumpai dalam satu kotak rokok jenama Gudang Garam di tempat letak kaki sebelah penumpang hadapan” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan IPD di sini pada Selasa.

Jelasnya, polis yang menjalankan tugas merampas kesemua dadah dan kedua-dua suspek yang ditangkap dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.- Oleh Kalwon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan