Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,706

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengebumian pahlawan Marcos cetus kemarahan

9:46am 25/05/2016 Pak Roshan 137 views Global
GAMBAR yang dirakam pada 2 Julai 2014 menunjukkan Imelda mencium keranda kaca yang menempatkan suaminya, Marcos.

GAMBAR yang dirakam pada 2 Julai 2014 menunjukkan Imelda mencium keranda kaca yang menempatkan suaminya, Marcos.

Manila: Rancangan bakal presiden baru Filipina untuk memberi mendiang diktator Ferdinand Marcos pengebumian pahlawan mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Rodrigo Duterte, yang menang besar dalam pilihan raya presiden baru -baru ini, kelmarin mengumumkan akan membenarkan Marcos dikebumikan di Tanah Perkuburan Pahlawan di Manila, satu lagi langkah yang dilihat akan memberi kemenangan besar kepada keluarga diktator itu ketika berusaha mengukuhkan kemunculan semula mereka dalam politik.

“Mengebumikan dia di situ akan menutup semua jenayah yang dilakukannya ke atas penduduk dan memberi mesej yang salah kepada dunia bahawa di Filipina, tidak ada balasan untuk jenayah,” kata Bonifacio Ilagan, yang pernah ditahan dan diseksa oleh tentera Marcos.

Pemerintahan Marcos selama dua puluh tahun berakhir pada 1986 apabila jutaan penduduk berarak di jalan raya dalam ‘Kebangkitan Rakyat’ yang disokong tentera, memaksa keluarga itu hidup dalam buangan di Amerika Syarikat, tempat Marcos meninggal dunia tiga tahun selepas itu.

Marcos dan isterinya, Imelda dituduh menjarah kira-kira AS$10 bilion (RM41.19 bilion) wang milik negara. Dia juga bertanggungjawab membiarkan penindasan secara berleluasa oleh tentera. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan