Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengebom ikan dipenjara dan denda

7:37pm 19/10/2016 Pak Roshan 229 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Tujuh rakyat asing masing-masing dipenjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin kerana menangkap ikan seberat 400 kilogram menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Gaya.

Hakim Mahkamah Ainul Shahrin binti Mohamad menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan enam daripada mereka yang berumur 26 hingga 48 taun itu.

Mereka juga didenda masing-masing RM20,000 manakala seorang pemuda berusia 18 tahun yang turut melakukan perubatan itu , Imran Bin Roslan didenda RM20,000 atau penjara enam bulan.

Kesemua tujuh lelaki warga Filipina itu mengaku bersalah dibawah Seksyen 26 (1) © Akta Perikanan 1985 (Akta 317), boleh dihukum dibawah Seksyen 25 (b) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan ( Akta 574).

Kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesemua tujuh lelaki ini yang tidak diwakili oleh peguam ditahan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada jam 11.30 malam 10 Oktober lalu.

Pasukan APMM berjaya menjumpai 400 kilogram ikan,bahan letupan dan peletup di dalam bot penangkap suspek. Timbalan Pendakwa raya Nurun Nazifah Binti Muhammad Iyen Atim bertindak sebagai pendkawa. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan