Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengebom beli tiket perlawanan bola sepak

9:07am 16/11/2015 Pak Roshan 276 views Global
Peminat bola sepak berkumpul di padang sambil menunggu pelepasan keselamatan untuk meninggalkan Stade de France di Saint-Denis, utara Paris, selepas perlawanan bola sepak persahabatan Perancis menetang Jerman berikutan kes tembakan dan letupan berhampiran stadium. - Foto AFP

Peminat bola sepak berkumpul di padang sambil menunggu pelepasan keselamatan untuk meninggalkan Stade de France di Saint-Denis, utara Paris, selepas perlawanan bola sepak persahabatan Perancis menetang Jerman berikutan kes tembakan dan letupan berhampiran stadium. – Foto AFP

Paris: Sekurang-kurangnya seorang penyerang di luar Stadium Stade de France dilapor mempunyai tiket untuk masuk ke stadium berkenaan.

Pengawal keselamatan stadium yang hanya dinamakan sebagai Zouheir berkata, penyerang terbabit cuba memasuki stadium itu.

“Penyerang itu ditemui memakai jaket bahan letupan ketika diperiksa di pintu masuk stadium kira-kira 15 minit selepas perlawanan persahabatan antara Jerman dan Perancis bermula,” katanya.

Pendakwa raya Paris Francois Molins berkata, sebaik menemui bahan letupan itu, Zouheir segera menjarakkan dirinya atas faktor keselamatan sebelum penyerang itu meletupkan dirinya.

Seorang jurucakap polis mengesahkan insiden berkenaan selain menambah, mereka (polis) percaya suspek mahu merempuh masuk ke stadium itu sebelum meletupkan dirinya bagi menyebabkan lebih ramai kematian.

Katanya, tiga minit kemudian seorang lagi pengganas meletupkan dirinya di luar stadium.

“Manakala, letupan ketiga berlaku berhampiran restoran makanan segera. Seorang maut dalam insiden itu,” katanya. – The Wall Street Journal/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan