Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA PERLU LALUI PROSES MENGIKUT S.O.P POLIS

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman (baju biru) memerhati penduduk kampung melapah lembu dalam Program Korban Perdana Peringkat Parlimen Sepanggar tadi. Gambar SNT/Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman perlu melalui proses berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP) polis semasa menjalani rawatan di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata berdasarkan SOP itu Musa perlu dihantar mendapatkan rawatan di hospital kerajaan oleh kerana pengesahan kesihatan beliau untuk menjalani siasatan adalah daripada doktor kerajaan dan bukan swasta.

Menurut Azis, polis juga mempunyai SOP tersendiri dalam mengurus siasatan penuh terhadap Musa dan ini termasuklah hal penahanan reman seperti seseorang itu tidak dibenarkan dihubungi oleh mana-mana pihak semasa dalam proses tahanan.

Beliau percaya polis akan menjalankan siasatan dengan sebaik mungkin sekaligus akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat.

“Kita juga perlu tegaskan di sini bahawa tiada siapa dalam negara ini yang berada di atas daripada undang-undang. Maksudnya tiada siapa yang akan terlepas sekiranya telah melanggar undang-undang negara,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan Musa sudah berada di ibu negara semalam dan telah dirujuk di hospital swasta untuk mendapatkan rawatan atas penyakit yang dihadapinya.

“Semasa dalam rawatan Tan Sri Musa, akan diletakkan dibawah pengawasan pihak polis. Doktor juga akan mengesahkan tahap kesihatan yang dihadapi oleh Tan Sri Musa berdasarkan  SOP yang telah ditetapkan.

“Semua pihak hendaklah bekerjasama dengan tidak memberikan sebarang komen sehingga menganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabahnewstoday.com dalam Majlis Korban Perdana Peringkat Parlimen Sepanggar, di Kampung Kuala Manggatal di sini.

Azis diminta mengulas mengenai status Musa yang telah disahkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, malam tadi sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang petang semalam.

Musa menaiki pesawat Bombardier Learjet 45 dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura sebelum mendaftar masuk ke hospital itu sekitar jam 6.45 petang semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali turut mengesahkan perkara berkenaan.

Mengenai program Korban Peringkat Perdana Parlimen Sepanggar, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, sebanyak 20 ekor lembu disumbangkan ke beberapa masjid serta surau di seluruh parlimen Sepanggar.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan