Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengawal terjun tingkat 10

terjun bangunan

BAYAN BARU: Baru seminggu memulakan tugas sebagai pengawal keselamatan, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental nekad terjun dari tingkat 10 pangsapuri tempat dia bekerja di Jalan Lengkuk Mahsuri, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mayat Cheah Tor Pin, 46, ditemui berhampiran lif di tingkat bawah pangsapuri berkenaan oleh beberapa penghuni yang terdengar bunyi kuat ketika mangsa jatuh.

Difahamkan, mangsa baru seminggu bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri terbabit dan dikatakan mempunyai masalah mental.

Polis turut menemui ubat dipercayai pil penenang jiwa dalam kocek seluarnya.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 39, dia terdengar bunyi kuat ketika berada di rumahnya di tingkat satu.

Komen


Berita Berkaitan