Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengawal Keselamatan Dituduh Bunuh Pelajar Perempuan

1:14pm 06/11/2015 Pak Roshan 545 views Jenayah,Mutakhir

intan-1

BALIK PULAU – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, dekat sini bulan lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Tarmizi Yaakob, 20, yang tidak diwakili peguam, dibaca di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.

Dia didakwa membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, di dalam rumah Blok 5-1-18 Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar dekat sini antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Okt lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.

Mayat Intan Suraya, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada pukul 7.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan