Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan kes ATM diletup

7:01pm 25/06/2016 Pak Roshan 2241 views Jenayah,Mutakhir
KETUA Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden (dua dari kiri) bersama pegawainya menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebuah mesin ATM bank yang dibom dan dilarikan oleh penjenayah dalam kejadian awal subuh tadi di Putatan. - Foto Mohd Adam Arinin

KETUA Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden (dua dari kiri) bersama pegawainya menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebuah mesin ATM bank yang dibom dan dilarikan oleh penjenayah dalam kejadian awal subuh tadi di Putatan. – Foto Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Seorang pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Putatan, dekat sini, yang diletupkan semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, berkata lelaki itu ditahan semalam untuk diambil keterangan berkaitan kes berkenaan.

“Setakat ini, seorang pengawal keselamatan ditahan untuk membantu siasatan. Kami minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar menyalurkannya ke balai polis berhampiran.

“Polis masih giat melaksanakan operasi mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rosley berkata, pihak bank mengesahkan kira-kira RM254,000 wang tunai dilarikan empat lelaki bertopeng yang dikenali pasti terbabit dalam kes berkenaan.

Wang berkenaan terkandung dalam dua peti besi yang dilarikan empat lelaki bertopeng selepas meletupkan dua mesin ATM di bank berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi semalam, empat lelaki bertopeng hitam dikenal pasti terbabit meletupkan dua mesin ATM di bank berkenaan.

Letupan kuat kedengaran hingga ke balai polis Putatan, kira-kira 500 meter dari lokasi sebelum pemeriksaan polis mendapati pintu kaca sebuah bank di Grand Plaza Putatan pecah, manakala ruang dalam premis diselubungi asap – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan