Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengawal keselamatan dipenjara 20 hari akibat ceroboh rumah

mahkamah

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret di sini kelmarin menjatuhkan hukuman 20 hari penjara ke atas seorang pengawal keselamatan atas tuduhan menceroboh masuk kediaman orang lain tanpa kebenaran.

Kamja Ali Patan, 22, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Faiz Omar di bawa seksyen 448 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu pada 26 Julai lepas jam 5.10 pagi di sebuah rumah di Taman Jaya Sepanggar.

Hasil siasatan, tiada barang hilang serta kerosakan dilaporkan.

Peguam bela tertuduh bagaimanapun merayu kepada mahkamah untuk meringankan hukuman memandangkan kesalahan itu merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh tertuduh di samping tiada sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda dilaporkan.

Namun, pegawai pendakwa meminta agar hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Pendakwaan dilakukan oleh inspektor Jakariya Jupakkal- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan