Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengawal keselamatan dikejar lima kereta peronda polis

Kenderaan van yang dilarikan oleh suspek berjaya ditahan polis
Kenderaan van yang dilarikan oleh suspek berjaya ditahan polis

KOTA KINABALU – Seorang pengawal keselamatan melanggar kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa semasa aksi kejar mengejar selama 30 minit dengan polis di Jalan Tuaran Bypass di sini tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kejadian itu berlaku selepas aktiviti penagihan dadah suspek terbabit terbongkar setelah pihak atasannya menemui peralatan menghisap dadah ditemui di dalam beg suspek lelaki berumur 29 tahun itu.

“Akibat takut ditahan pihak berkuasa selepas aktiviti penagihan dadah terbongkar, suspek kemudian bertindak melarikan diri menggunakan van jenis Nissan Vannette milik rakan sejawatnya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada kira-kira jam 9.30 pagi hari kejadian, pengadu yang juga seorang pengawal keselamatan mendapati van miliknya yang diletakkan di hadapan pondok pengawal sebuah sekolah di Likas telah hilang lalu membuat laporan polis untuk meminta bantuan.

Katanya,  sebuah unit kereta peronda polis berjaya mengesan van berkenaan di Likas, namun suspek yang memandu van tersebut bertindak memecut laju menyebabkan berlaku aksi kejar mengejar sehingga ke Jalan Tuaran Bypass.

“Semasa cubaan melarikan diri itu, suspek telah melanggar sebuah kenderaan JPJ yang sedang membuat operasi sekatan jalanraya  di Jalan Tuaran Bypass,” katanya lagi sambil menambah suspek  berjaya ditahan di Taman Bayu Kolombong, Inanam di sini hasil bantuan empat lagi unit peronda polis yang lain.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Syabu dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya1952.

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 379A / 511 Kanun Keseksaan atas kesalahan percubaan mencuri kenderaan motor,” katanya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan