Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengawai daerah perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang bencana alam-Musa

5:02pm 10/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 12 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di  Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Menteri, Wisma Innoprise, hari ini.

Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Musa (tengah) di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Menteri, Wisma Innoprise, hari ini.

KOTA KINABALU- Semua Pegawai Daerah diminta untuk bersedia menghadapi sebarang bencana alam seperti jerebu dan kemarau, kata Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Beliau yang merupakan Ketua Menteri Sabah berkata cuaca panas yang berterusan pada ketika ini telah menyebabkan beberapa kebakaran kecil berlaku serta mengehadkan sumber air di negeri ini.

“Pegawai Daerah perlu bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kebakaran manakala Jabatan Air Negeri Sabah perlu memastikan kebajikan penduduk yang terjejas mendapat bekalan air yang sewajarnya,”katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) di Wisma Innoprise, disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua penjawat awam agar sentiasa memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam memperjelaskan dasar dan usaha Kerajaan kepada masyarakat setempat.

Disamping itu, Musa berkata pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibuat pada 28 Januari lalu, tidak menjejaskan peruntukan pembangunan yang telah dirancang.

“Semua projek yang telah diluluskan pelaksanaannya bagi tahun 2016 perlu disegerakan bagi memastikan pelaburan Kerajaan Persekutuan tidak disia-siakan. Sebagai contoh kelulusan dua buah Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang baru iaitu bagi daerah Ranau dan Tambunan,”katanya.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet, ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pegawai-pegawai daerah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan