Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengasuh ditahan bersama kepala budak

9:25am 01/03/2016 Pak Roshan 1429 views Global
penggal

Wanita yang dirakam melalui video mengangkat kepada budak perempuan di Moscow, semalam. – Foto YouTube

Moscow: Polis menahan seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh selepas dia didapati membawa kepala seorang budak dalam beg di stesen kereta api di bandar raya ini, semalam.

Wanita itu dilihat menjinjing kepada berkenaan di stesen Oktyabrskoye Pole, utara Moscow, sambil menjerit ‘kepada pengganas, mati kamu’.

Polis menemui mayat seorang budak perempuan berusia tiga atau empat tahun di sebuah flet berhampiran.

Wanita itu dipercayai membunuh serta memenggal kepala mangsa tanpa sebab diketahui selepas ibu bapa kanak-kanak itu keluar bersama seorang lagi anak mereka dan kemudian dia turut membakar flet berkenaan.

Menurut media tempatan, mangsa ialah Nastya berusia empat tahun dan pengasuh itu dikenali sebagai Gyulchekhra Bobokulova, 38, dari Uzbekistan.

Polis menahan wanita itu di stesen berkenaan untuk memeriksa dokumennya dan dia mengeluarkan kepala mangsa dari dalam beg sambil menjerit akan meletupkan dirinya.

Menurut polis, wanita itu memberitahu mereka di kecewa dengan suaminya. – The Guardian / HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan