Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengaruh sosial punca utama peningkatan kes rogol

Douglas menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Radio Malaysia Keningau.fm Razali Baba. - foto Kalawon Sawing
Douglas (dua dari kanan)  menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Radio Malaysia Keningau.fm Razali Baba. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pengaruh sosial berleluasa serta kurangnya pengawa keluarga menyumbang kepada peningkatan kes rogol melibatkan remaja bawah umur di daerah ini iautu sebanyak tujuh kes dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding hanya tiga kes dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, sepanjang Januari hingga 24 Mac ini, pelbagai kes turut dilaporkan berlaku di daerah berkenaan iaitu sebanyak 30 kes dan daripada jumlah itu sejumlah 14 kes bersamaan 46.66 peratus telah berjaya diselesaikan berbanding 36 kes pada tempoh sama tahun lalu.

“Polis juga berjaya menangkap seramai 133 pesalah dadah berbanding hanya 90 orang dalam tempoh sama tahun lalu ia merupakan satu kejayaan cemerlang pihaknya dengan berjaya menyelasaikan tiga tangkapan melibatkan kesalahan mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ADB 1952,” katanya kepada pemberita selepas majlis Peringatan Hari Polis Ke 208 peringkat daerah, di sini hari ini.

Douglas berkata, dalam usaha memerangi dan mencegah jenayah, sebanyak 371 operasi dijalankan oleh pihaknya melibatkan seramai 1,968 individu dan 1,331 pelbagai kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 71 individu telah ditahan dengan pelbagai kesalahan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan