Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengaruh DAP makin lemah: Ariffin

Ariffin Mohd. Arif
Ariffin Mohd. Arif

MEMBAKUT – Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mewujudkan gabungan baru bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) disifatkan usaha terdesak Ahli Parlimen Gelang Patah itu bagi mengukuhkan pengaruh DAP yang semakin lemah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata, tindakan Kit Siang itu juga sebagai taktik bagi mengalihkan perhatian ekoran konflik dalaman serius yang berlaku antara parti itu dan sekutunya PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) berkaitan isu Hudud.

“Tindakan ini adalah taktik untuk mengalihkan perhatian kerana DAP sekarang sudah lemah..kita pula (BN) semakin kuat menyebabkan mereka cuba untuk memecahbelahkan kekuatan BN khususnya Sabah.

“Cubaan beliau (Kit Siang) ini juga tidak mungkin berlaku kerana pemimpin BN Sabah tetap berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan BN Sabah.

“Malah, ikatan antara kepemimpin BN di Sabah cukup kukuh untuk diganggu-gugat dan tidak sesekali akan terpengaruh dengan taktik DAP,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Lim Kit Siang menyenaraikan beberapa nama pemimpin BN Sabah sebagai Ketua Menteri baru jika gabungan ‘Selamatkan Malaysia’ itu direalisasikan. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan