Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengaruh alkohol punca kemalangan meningkat: Sairin

Sairin Karno (dua dari kanan) mengagih-agihkan risalah kempen keselamatan jalan raya. - foto Kalawon Sawing
Sairin Karno (tengah) mengagih-agihkan risalah kempen keselamatan jalan raya. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Kecuaian pemandu disebabkan pengaruh alkohol semasa memandu merupakan punca utama kepada kadar kemalangan di jalan raya terus meningkat termasuk di daerah ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno berkata, perkara itu boleh dibendung sekiranya setiap para pemandu mengamalkan budaya memandu yang berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya sedia ada.

“Penguatkuasaan undang-undang jalan raya atau pendekatan berkaitan daripada semua pihak berkuasa juga perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa agar kesedaran para pengguna terus meningkat, sekaligus mengurang kadar kemalangan jiwa pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Op Selamat anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Keningau sempena perayaan Tahun Baru Cina di stesen minyak petronas di Apin-Apin, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, statistik indeks kemalangan bagi tahun lalu di daerah itu meningkat seramai 21 orang berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 15 orang.

Jelasnya, pada tahun ini, pihaknya berharap kadar kemalangan jiwa dapat dikurangkan sekiranya setiap para pengguna jalan raya memberi kerjasama dengan mematuhi undang-undang sedia ada. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan