Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengarah, Timbalan Direman Seleweng RM3 Bilion Di Sabah

6:55pm 05/10/2016 Pak Roshan 3480 views Jenayah,Mutakhir

rasuah

KOTA KINABALU – Pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah direman tujuh hari mulai hari ini, berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan pengagihan projek bernilai lebih RM3.3 bilion.

Turut direman ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira pukul 2.30 petang tadi ialah abang keada timbalan pengarah yang bergelar Datuk berumur 55 tahun dan akauntan berusia 50 tahun.

Mereka ditahan berhubung kes penyalahgunaan kuasa bagi pelbagai tender projek pembinaan infrastruktur asas kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih RM3.3 bilion di seluruh Sabah sejak tahun 2010.

Semalam, pengarah dan timbalan pengarah berumur 54 dan 51 tahun ditahan di pejabat masing-masing pada 9.15 pagi kerana disyaki salah guna kuasa dengan memonopoli dan memberi projek jabatan kepada sanak-saudara.

Lebih memeranjatkan berikutan penahanan tersebut, pihak SPRM berjaya menyita wang tunai lebih RM10 juta yang ditemui cuba disembunyi dalam rumah, pejabat dan kenderaan milik suspek terbabit!

Sebahagian daripada wang tunai iaitu kira-kira RM3 juta ditemui dalam peti besi di pejabat salah seorang daripada suspek, manakala selebihnya hasil susulan penggeledahan di rumah dan kenderaan.

Siasatan awal SPRM mempercayai mereka mengumpul kekayaan melebihi RM50 juta, malah gambar memaparkan penemuan wang tunai di pejabat suspek menjadi viral menerusi media sosial.

Seramai 30 anggota SPRM bertungkus lumus selama 15 jam tanpa henti untuk mengira keseluruahn RM52 juta wang tunai berkenaan iaitu terbesar dalam sejarah suruhanjaya tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc

rasuah

rasuah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan