Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengarah Syarikat Dituduh Pecah Amanah RM3.831j

Pecah-Amanah

OTA KINABALU : Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM3.831 juta.

Yong Meu Fah, 58, dan Chui Pui An, 56, dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Karamunsing di sini antara 2 Mac 2009 dan 1 Sept 2009.

Mereka dituduh melakukan CBT melibatkan sembilan cek bernilai RM2,156,000, enam cek bernilai RM1,125,000 dan dua cek bernilai RM550,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan ikan jamin RM150,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan merampas pasport mereka sementara 28 Sept ditetapkan sebagai tarikh sebut semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akmazatul Mohamed Nawi sementara peguam Timothy Daut dan Vivian Chew mewakili kedua-dua tertuduh.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan