Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengarah Kastam Sabah Rugi RM70,000, Rumah Dipecah Masuk

rumahkastam

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok kerugian kira-kira RM70,000 termasuk sebuah kenderaan jabatan dilarikan setelah rumahnya di Taman Ujana Kingfisher di sini dipecah masuk awal pagi Jumaat.

Ketika kejadian, Janathan dan anggota keluarganya sedang tidur dan pembantu rumah mereka menyedari kejadian itu kira-kira 3 pagi.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Inanam pada pukul 7.50 pagi.

Antara barangan yang dilarikan ialah Proton Inspira, komputer riba dan tablet iPhone.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu dan berkata polis turut menemui sebatang paip PVC yang dipatahkan yang dipercayai digunakan untuk memasuki rumah itu.

Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang.

Ini merupakan insiden pecah masuk kedua selepas rumah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi kerugian kira-kira RM15,000 setelah rumahnya di Taman Tuan Huatt, Kepayan Ridge di sini dipecah masuk Rabu lepas.

Komen


Berita Berkaitan