Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengarah digantung tugas sejak minggu lalu

Pengarah Jabatan Air Sabah ketika ditahan SPRM pada 3 minggu yang lalu
Pengarah dan Timbalan Jabatan Air Sabah ketika ditahan SPRM pada 4 Oktober lalu

KOTA KINABALU  : Kerajaan negeri menafikan pengarah sebuah agensi kerajaan yang disyaki menyalah guna dana kerajaan telah kembali bertugas hari ini selepas dibebaskan dengan jaminan RM500,000 semalam.

Jurucakap Pejabat Ketua Menteri ketika dihubungi berkata, notis penggantungan tugas tersebut telah dikeluarkan minggu lalu dan kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan diberikan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan beberapa portal mengatakan pengarah tersebut telah kembali bertugas adalah tidak tepat.

“Laporan (portal berita) yang sangat tidak tepat. Surat penggantungan telah dikeluarkan minggu lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Komen


Berita Berkaitan