Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengarah dibebaskan dengan jaminan RM500,000 – SPRM

sprm

KOTA KINABALU: Pengarah jabatan kerajaan di Sabah yang disiasat berhubung kes salah laku membabitkan agihan projek bernilai RM3.3 bilion di Sabah, dibebaskan daripada tahanan reman, hari ini.

Pengarah berusia 51 tahun itu dibebaskan jam 1 tengah hari tadi di lokap berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu BH, kes membabitkan pengarah berkenaan bagaimanapun masih dalam siasatan kerana ramai lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin,” katanya, di sini, sebentar tadi.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan ‘Op Water’.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan pembebasan pengarah berkenaan.

Empat lagi suspek, termasuk timbalan pengarah jabatan kerajaan berkaitan utiliti berkenaan masih dalam tahanan reman. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan