Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengantin jamu 4,000 pelarian

Pasangan pengantin Fethullah Uzumcuoglu dan Esra Polat bergambar di depan lori katering selepas melayan pelarian Syria sebagai tetamu majlis perkahwinan mereka. Foto - Kimse Yok Mu
Pasangan pengantin Fethullah Uzumcuoglu dan Esra Polat bergambar di depan lori katering selepas melayan pelarian Syria sebagai tetamu majlis perkahwinan mereka. Foto – Kimse Yok Mu

Pasangan pengantin Turki yang berkahwin minggu lalu, menghabiskan hari perkahwinan dengan menjemput 4,000 pelarian Syria di negara itu dengan menyediakan makanan untuk mereka.

Fethullah Uzumcuoglu dan Esra Polat berkahwin di wilayah Kilis di selatan Turki, dekat sempadan Syria yang kini menjadi rumah ribuan pelarian akibat peperangan.

Idea mengadakan jamuan perkahwinan besar-besaran itu adalah daripada bapa pengantin lelaki, Ali Uzumcuoglu, yang mahu berkongsi hari istimewa anaknya dengan ‘saudaranya’ dari Syria.

Pertubuhan kebajikan Turki, Kimse Yok Mu yang membantu pelarian di seluruh dunia, menyediakan satu lori katering untuk majlis itu dan pasangan pengantin berkenaan sendiri dengan pakaian pengantin, melayan mengisikan makanan ke dalam pinggan tetamu.

Esra pada mulanya enggan menerima rancangan itu tetapi mengubah fikiran selepas berpendapat ia bakal menjadi kenangan indah.

“Saya terkejut apabila Fethullah beritahu mengenai idea itu. Selepas berfikir, saya berpendapat ia pengalaman indah. Saya gembira kerana kami mempunyai peluang untuk berkongsi hidangan perkahwinan dengan mereka yang amat memerlukan,” katanya.

Bercakap tentang rancangan awalnya untuk menjemput 4,000 tetamu bapa pengantin lelaki

Menurut Ali, baginya berkongsi makanan yang enak sempena majlis itu dengan mereka yang lebih memerlukan seperti pelarian terbabit lebih baik berbanding dengan keluarga dan rakan.

“Saya amat gembira apabila anak saya menerima idea itu,” katanya.

Sejak perang saudara berlaku di Syria empat tahun yang lalu, lebih empat juta orang melarikan diri dari negara itu dengan ramai tinggal di kem pelarian di negara bersempadan, termasuk Turki. – i100.co.uk./HMetro

Komen


Berita Berkaitan