Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengantin hantu

8:56am 19/05/2016 Pak Roshan 6288 views Global
TIAN mengatur perkahwinan hantu untuk anaknya.

TIAN mengatur perkahwinan hantu untuk anaknya.

Beijing: Seorang wanita yang anak lelakinya dipukul hingga mati oleh beberapa pembuli mengahwinkan mendiang dengan mayat seorang gadis sebelum pasangan itu dikebumikan dalam satu kubur.

Tian Xuejuan berkata, dia melangsungkan ‘perkahwinan hantu’ itu kerana tidak mahu anaknya yang mati April lalu pada usia 15 tahun ‘kesunyian di alam roh.’

Menurutnya, anaknya, Zhang Chaofan dan ‘isterinya’ adalah pasangan sesuai kerana gadis itu mati tiga tahun lalu pada usia 16 tahun, menurut laporan Huanqiu.com.

Tian dan keluarganya mengadakan majlis pengebumian yang menelan belanja 100,000 Yuan (RM62,000) itu pada 6 Mei lalu di daerah Jiang di wilayah Shanxi.

Kubur mereka terletak beberapa ratus meter dari kediamannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan