Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengantin hadiahkan apartmen kepada tetamu

8:55am 21/07/2016 Pak Roshan 2506 views Global

kahwin

Surabaya: Satu pasangan pengantin di sini menghadiahkan sebuah apartmen dan pelbagai barangan mewah lain kepada tetamu yang hadir ke majlis mereka Ahad lalu.

Majlis perkahwinan ahli perniagaan, Septian Suryawirawan dan pasangannya, Sylvie Yuliati Lesmana diadakan di sebuah kelab golf mewah di sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 520 tetamu yang terdiri daripada rakan rapat pasangan berkenaan, ahli keluarga dan selebriti terkenal Indonesia.

Septian berkata, dia sengaja memberi hadiah mewah melalui cabutan bertuah sebagai cara untuk menghargai kedatangan tetamu.

“Saya membeli sebuah apartmen di Jalan Mayjen Sungkono untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Kami mahu berkongsi kebahagiaan dengan mereka,” katanya.

Selain apartmen, pasangan itu juga menyediakan pelbagai barangan mahal lain seperti telefon pintar, tablet, iPad dan baucar penginapan di sebuah hotel lima bintang di Surabaya.

Hadiah utama majlis itu dimenangi seorang rakan Septian, Poltak Tobing yang berasal dari Jakarta.

Poltak berkata, dia hampir tidak menghadiri perkahwinan itu akibat terlepas penerbangan dari Jakarta ke Surabaya.

“Nasib baik isteri saya menyuruh saya menaiki penerbangan seterusnya untuk hadir ke majlis itu,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan