Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penganjuran Tamu Pekan Paitan Atasi Tamu Berselerak

tamu

PAITAN (Beluran): Kewujudan Tamu Pekan Paitan dapat mengatasi masalah tamu (pasar) berselerak di sekitar daerah kecil itu yang turut menyukarkan pihak berkuasa tempatan memantau aspek kebersihan, percukaian dan keselamatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor berkata menerusi penganjuran tamu pada setiap 10 dan 11 haribulan itu, peniaga dan juga pengunjung menikmati pelbagai kemudahan seperti tandas, lot perniagaan dan tempat letak kereta.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini akan dapat memasyarakatkan tamu kepada warga daerah kecil Paitan dalam arus pembangunan ekonomi setempat,” katanya ketika melancarkan Tamu Pekan Paitan di sini Selasa.

Daerah Kecil Paitan terletak di bawah pentadbiran Beluran dibuka pada Januari 1999 dengan keluasan 2,466 kilometer persegi dan 29,100 penduduk berdasarkan bancian 2007.

Paitan dibahagikan empat mukim iaitu Tangkarason, Sungai-Sungai, Jambongan dan Lingkabau dengan keseluruhan 57 buah kampung.

Hajiji berkata idea penganjuran tamu berpusat di pekan Telupid itu bertepatan dengan usaha menjana ekonomi penduduk setempat khususnya hasil pertanian.

Katanya kerajaan negeri menyokong pelaksanaan tamu di setiap daerah di negeri ini yang membolehkan penduduk melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan,

Beliau juga mahu pihak Pejabat Daerah Kecil Paitan mewujudkan kemudahan selesa kepada peniaga dan juga kepada pengunjung tamu.

Menurutnya kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk membina kedai baharu di pekan Paitan.

Komen


Berita Berkaitan