Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penganjuran program kebudayaan mampu tonjol bakat anak muda

Jainab (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang pertandingan Rekaan Pakaian Tradisi.

KOTA KINABALU : Penganjuran program-program kebudayaan mampu menonjolkan bakat anak muda dalam bidang seni dan budaya disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, program kebudayaan juga dapat memaparkan usaha anak-anak generasi muda untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Menurutnya, program kebudayaan perlu diteruskan dan kesinambungannya mestilah disokong oleh semua pihak.
“Saya yakin dengan adanya komitmen sedemikian, kecemerlangan anak-anak dalam bidang seni dapat terus disuburkan dari semasa ke semasa.

 

“Saya optimis bahawa program sebegini mampu merangsang jiwa seni anak-anak muda untuk mengharumkan nama negara dan sekolah masing-masing,”

​ ​

katanya semasa merasmikan  Malam Kebudayaan Pratama Family 2017, di Auditorium Jabatan Kebudayaan  dan Kesenian Negeri Sabah, pada Sabtu malam​.
Pada majlis itu, Jainab turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM3​,​000 untuk menambah dana Pratama Family 2017 yang akan bertanding mewakili negara di Dance World Cup 2017 Germany pada bulan Jun tahun ini.
Sebanyak 20 persembahan disajikan Pratama Family dan artis jemputan, ​antaranya persembahan tarian tradisional, moden, persembahan nyanyian, persembahan muzik buluh serta penampilan istimewa Mimi One Nation Emcee.
Hadir sama Pengurus Besar, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, William Baya dan Pengerusi Penganjur yang juga Pengasas Pratama Family, Achaii Pratama./PENERANGAN-

Antara persembahan tarian yang dipersembahkan.

Apa Komen dan Pendapat Anda